CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Isnin, 24 November 2008
Kerajaan pun macam Tauke.
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) -Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.

Komen.

Menyeru supaya melakukan kebaikan adalah tanggungjawab setiap insan. Cuma bezanya, adakah seruan itu akan didengar dan diambil tindakan oleh orang yang diseru menurut kemahuan si penyeru.

Sdr Lim Guan Eng (LGE) sebagai seorang ketua sebuah kerajaan negeri dalam konteks negara persekutuan Malaysia telah melaksanakan tangunggjawabnya. Kini tiba masa kepada DS Najib dan Dato’ Shahrir melaksanakan harapan yang sama bagi sebahagian besar lagi rakyat yang menyetujui seruan LGE itu. Tak tahulah pula kalau-kalau ada dalam kalangan ahli dan pemimpin tegar Umno/BN yang berfikiran sebaliknya. Kalau mereka tidak menyokong, sah bahawa mereka mengalami penyakit kecelaruan mental yang kronik!

Kalau pemimpin kerajaan tidak mengambil tindakan menurunkan harga minyak seperti yang diseru dan diharapkan oleh rakyat maka justifikasi yang boleh dibuat ialah kerajaan juga seperti tauke yang tidak menurunkan harga barangan. Sebab apa? Jawabnya mudah. Mereka adalah sama iaitu tauke. Berniaga dengan rakyat. Bezanya tauke berniaga barangan keluaran sendiri atau import, manakala kerajaan berniaga khazanah negara hak bersama rakyat iaitu petroleum atau minyak.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Isnin, November 24, 2008   0 comments
Jumaat, 21 November 2008
Tazkirah
Daripada Ali bin Abi Talib k.w. berkata Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka, hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya daripada satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama, orang yang bertanya. Kedua, guru yang menjawab. Ketiga, orang yang mendengarkan jawapan itu. Keempat, orang yang cinta kepada mereka.’
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Jumaat, November 21, 2008   0 comments
Isnin, 17 November 2008
Kelab Penyokong Muda Pas
Pada hari Sabtu, 16 November lalu, saya mengikuti majlis perasmian Kelab Penyokong Muda Pas di ruang foyer tingkat bawah ibu pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Ia adalah inisiatif Lajnah Perpaduan yang diketuai oleh Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil. Pada waktu pemuda Umno sibuk dalam percaturan pemilihan kepimpinan dan berantakan dalam pelbagai persoalan perkauman, penubuhan kelab ini adalah satu langkah ke hadapan dalam gerakan pemuda Pas untuk memantapkan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan belia yang merentasi batas kaum dan keturunan. Tahniah kepada lajnah yang aktif merancang dan melaksanakan pelbagai program kepemudaan. Pas Untuk Semua.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Isnin, November 17, 2008   2 comments
Isnin, 10 November 2008
Bacalah sirah para sahabat...
Pagi ini, saya bersama beberapa orang guru dan seorang guru yang memang terkenal sebagai orang kuat salah sebuah cawangan Umno dekat Jasin, bersembang tentang kejayaan DS Mohd Ali Rustam dan TS Muhammad Mohd Taib melepasi kuota 40 pencalonan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, menentang TS Muhyiddin Yassin. Ini bermakna, pertandingan tiga penjuru akan berlaku. Isunya, politik wang.

Apa yang ‘menarik’ menurut bacaannya ialah, pendirian dan permainan politik para perwakilan dalam mesyuarat agung bahagian-bahagian yang secara sedar atau tidak, mengundi mencukupkan kuota untuk melayakkan mereka bertanding jawatan tersebut. Pertandingan tiga penjuru pasti mewujudkan tiga kem. Katanya, ini akan ‘mengenyangkan’ para perwakilan ke perhimpunan agung Mac nanti. Situasi ini membolehkan para perwakilan ‘makan keliling’, katanya.

Apa yang berlaku ini mengingatkan saya bagaimana sifat para sahabat dalam menentukan pelantikan khalifah. Kalau ingin tahu bagaimana sikap mereka, baca buku Fiqh al-Harakah tulisan DS TGH Abdul Hadi Awang atau rujuk sahabat saya pakar sirah perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w., Ustaz Riduan Mohd Nor, 019-3728844.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Isnin, November 10, 2008   3 comments
'Latihan Perang' sudah bermula
SEREMBAN: Mesyuarat Umno Bahagian Seremban di Kelab Golf Tuanku Ja’afar, Senawang, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dicemari insiden pergaduhan hingga menyebabkan dua perwakilan, termasuk seorang wanita cedera. Kekecohan yang menyaksikan insiden baling kerusi dan tumbuk-menumbuk itu bermula kira-kira jam 10.30 pagi selepas sesetengah perwakilan tidak berpuas hati berhubung status beberapa cawangan yang hanya dibenar menghantar pemerhati. Mengulas kejadian itu, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

Dahulu, kes pergaduhan seperti bertumbuk dan membaling kerusi berlaku dalam mesyuarat MIC. Dalam pertandingan peringkat bahagian Kota Melaka 2004, pergaduhan berlaku. Ketika itu, Tan Sri Rahim Tambby Chik (RTC) menentang Datuk Amid Nordin. Polis terpaksa dipanggil mengawal keadaan.
Umno memang sudah lama mewarisi tabiat buruk itu. Pergaduhan adalah sesuatu yang sudah dijangkakan berlaku dalam konteks politik demokrasi ala Umno. Bunga-bunga pergaduhan sudah dikesan memandangkan ramai orang hendak menang dan diangkat menjadi pemimpin. TS RTC yang menjadi pemerhati dari MT, baru mendapat 16 pencalonan dan belum pun melepasi kuota untuk bertanding Naib Presiden. Bahagian Seremban antara empat bahagian terakhir yang boleh memenuhi harapan beliau melepasi kuota 20 pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.
Memalukan? Retorik! Hanya orang yang tidak tahu malu sahaja yang mahu menang walau dengan apa cara sekalipun. Sebab itu, setelah berkuasa, mereka tanpa rasa malu melakukan apa-apa perkara yang menyalahi peraturan, etika, akhlak apatah lagi hukum agama. Maka, Umno akan berketuakan orang yang tidak tahu malu. Perwakilan dengan calon, dua kali lima. Memang mereka tidak tahu malu.

“Mereka yang mencetuskan kejadian itu boleh dikenakan tindakan disiplin," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mampukah tindakan disiplin mengatasi masalah kegilaan seseorang yang hendak menang dan diangkat menjadi pemimpin. Takutkah mereka akan tindakan disiplin yang dimomokkan itu? Saya ambil contoh budak sekolah. Takutkah pelajar akan kesalahan merokok, jika pengetua pun taik tembakau?
Kepada para pejuang Islam, jangan contohi perangai buruk ini. Jawatan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Taala nanti.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Isnin, November 10, 2008   1 comments
Jumaat, 7 November 2008
Tazkirah
Firman Allah Taala dalam surah Al-Mu’min:58 bermaksud;

‘ dan tidaklah sama antara orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidaklah pula sama orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal solih dengan orang-orang yang derhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.’

Dan,

‘Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang sihat yang diperindah dengan ilmu dan ilmu diperindah dengan kebenaran dan kebenaran yang diperindah kebaikan dan kebaikan yang diperindah dengan takwa.’

[Ulama]
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Jumaat, November 07, 2008   0 comments
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER