Pagi ini, saya bersama beberapa orang guru dan seorang guru yang memang terkenal sebagai orang kuat salah sebuah cawangan Umno dekat Jasin, bersembang tentang kejayaan DS Mohd Ali Rustam dan TS Muhammad Mohd Taib melepasi kuota 40 pencalonan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, menentang TS Muhyiddin Yassin. Ini bermakna, pertandingan tiga penjuru akan berlaku. Isunya, politik wang.
Apa yang ‘menarik’ menurut bacaannya ialah, pendirian dan permainan politik para perwakilan dalam mesyuarat agung bahagian-bahagian yang secara sedar atau tidak, mengundi mencukupkan kuota untuk melayakkan mereka bertanding jawatan tersebut. Pertandingan tiga penjuru pasti mewujudkan tiga kem. Katanya, ini akan ‘mengenyangkan’ para perwakilan ke perhimpunan agung Mac nanti. Situasi ini membolehkan para perwakilan ‘makan keliling’, katanya.
Apa yang berlaku ini mengingatkan saya bagaimana sifat para sahabat dalam menentukan pelantikan khalifah. Kalau ingin tahu bagaimana sikap mereka, baca buku Fiqh al-Harakah tulisan DS TGH Abdul Hadi Awang atau rujuk sahabat saya pakar sirah perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w., Ustaz Riduan Mohd Nor, 019-3728844. |
Assalamualaikum. Lawat intanhijau@blogspot.com