CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Isnin, 10 November 2008
'Latihan Perang' sudah bermula
SEREMBAN: Mesyuarat Umno Bahagian Seremban di Kelab Golf Tuanku Ja’afar, Senawang, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dicemari insiden pergaduhan hingga menyebabkan dua perwakilan, termasuk seorang wanita cedera. Kekecohan yang menyaksikan insiden baling kerusi dan tumbuk-menumbuk itu bermula kira-kira jam 10.30 pagi selepas sesetengah perwakilan tidak berpuas hati berhubung status beberapa cawangan yang hanya dibenar menghantar pemerhati. Mengulas kejadian itu, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

Dahulu, kes pergaduhan seperti bertumbuk dan membaling kerusi berlaku dalam mesyuarat MIC. Dalam pertandingan peringkat bahagian Kota Melaka 2004, pergaduhan berlaku. Ketika itu, Tan Sri Rahim Tambby Chik (RTC) menentang Datuk Amid Nordin. Polis terpaksa dipanggil mengawal keadaan.
Umno memang sudah lama mewarisi tabiat buruk itu. Pergaduhan adalah sesuatu yang sudah dijangkakan berlaku dalam konteks politik demokrasi ala Umno. Bunga-bunga pergaduhan sudah dikesan memandangkan ramai orang hendak menang dan diangkat menjadi pemimpin. TS RTC yang menjadi pemerhati dari MT, baru mendapat 16 pencalonan dan belum pun melepasi kuota untuk bertanding Naib Presiden. Bahagian Seremban antara empat bahagian terakhir yang boleh memenuhi harapan beliau melepasi kuota 20 pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.
Memalukan? Retorik! Hanya orang yang tidak tahu malu sahaja yang mahu menang walau dengan apa cara sekalipun. Sebab itu, setelah berkuasa, mereka tanpa rasa malu melakukan apa-apa perkara yang menyalahi peraturan, etika, akhlak apatah lagi hukum agama. Maka, Umno akan berketuakan orang yang tidak tahu malu. Perwakilan dengan calon, dua kali lima. Memang mereka tidak tahu malu.

“Mereka yang mencetuskan kejadian itu boleh dikenakan tindakan disiplin," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mampukah tindakan disiplin mengatasi masalah kegilaan seseorang yang hendak menang dan diangkat menjadi pemimpin. Takutkah mereka akan tindakan disiplin yang dimomokkan itu? Saya ambil contoh budak sekolah. Takutkah pelajar akan kesalahan merokok, jika pengetua pun taik tembakau?
Kepada para pejuang Islam, jangan contohi perangai buruk ini. Jawatan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Taala nanti.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Isnin, November 10, 2008  
1 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER