CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Isnin, 24 November 2008
Kerajaan pun macam Tauke.
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) -Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.

Komen.

Menyeru supaya melakukan kebaikan adalah tanggungjawab setiap insan. Cuma bezanya, adakah seruan itu akan didengar dan diambil tindakan oleh orang yang diseru menurut kemahuan si penyeru.

Sdr Lim Guan Eng (LGE) sebagai seorang ketua sebuah kerajaan negeri dalam konteks negara persekutuan Malaysia telah melaksanakan tangunggjawabnya. Kini tiba masa kepada DS Najib dan Dato’ Shahrir melaksanakan harapan yang sama bagi sebahagian besar lagi rakyat yang menyetujui seruan LGE itu. Tak tahulah pula kalau-kalau ada dalam kalangan ahli dan pemimpin tegar Umno/BN yang berfikiran sebaliknya. Kalau mereka tidak menyokong, sah bahawa mereka mengalami penyakit kecelaruan mental yang kronik!

Kalau pemimpin kerajaan tidak mengambil tindakan menurunkan harga minyak seperti yang diseru dan diharapkan oleh rakyat maka justifikasi yang boleh dibuat ialah kerajaan juga seperti tauke yang tidak menurunkan harga barangan. Sebab apa? Jawabnya mudah. Mereka adalah sama iaitu tauke. Berniaga dengan rakyat. Bezanya tauke berniaga barangan keluaran sendiri atau import, manakala kerajaan berniaga khazanah negara hak bersama rakyat iaitu petroleum atau minyak.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Isnin, November 24, 2008  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER