CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Jumaat, 5 Mac 2010
Tazkirah
Firman Allah Taala
"Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan oran-orang yan kafir, pelindung-pelindung mereka ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
Al-Baqarah: 256-257
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Jumaat, Mac 05, 2010   0 comments
Khamis, 4 Mac 2010
Bukan persoalan keistimewaan.
Berita Harian, 4 Mac 2010
Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka.

Isu ini sudah berlarutan hingga puluhan tahun. 20 tahun dahulu, ini juga persoalannya. Guru-guru muda tidak bersedia berkhidmat di kawasan pedalaman dan terpinggir seperti di Hulu Perak, Hulu Pahang, Pulau Banggi di Sabah mahupun Ulu Baram di Sarawak, contohnya.

Isu ini sebenarnya ialah isu pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dengan luar bandar atau negeri-negeri di negara ini. Ia semakin sukar apabila kecenderungan pemikiran kekastaan sekolah seolah-olah semakin ketara dalam Kementerian Pelajaran sekarang. Jika benar, ia adalah isu diskriminasi pembangunan yang semakin parah dan perlu dihentikan.

Di banyak negeri, bandar kecil sudah membangun dan menjadi bandar besar sekarang, tetapi malangnya kawasan pedalaman kekal dengan nama lamanya iaitu kawasan pedalaman dan ia terus terpinggir. Sifatnya tetap ketinggalan daripada arus dan fungsi dalam pembangunan negara. Bilakah kawasan pedalaman akan menikmati pembangunan seperti kawasan bandar, kita pun tidak tahu. Mahukah guru-guru muda yang sedia terdedah dengan keselesaan hidup dan kemudahan teknologi maklumat misalnya, meninggalkan semua kelebihan tersebut semata-mata ingin mengejar janji dan keistimewaan yang tidak pasti itu?

Persoalannya bukan ganjaran, dorongan, penghargaan dan pengiktirafan. Persoalan pokok di sini ialah kegagalan pemerintah menaik taraf kawasan petempatan iaitu daripada kawasan pedalaman dan terpinggir kepada perkampungan moden, pekan kecil dan seterusnya bandar baru yang mempunyai fungsi ekonomi dan sebagainya.

Hasil bumi dari kawasan pedalaman dijarah dan dipunggah tetapi nikmat untuk penduduk setempat tidak ada. Kalau benar mahukan perubahan, istilah kawasan pedalaman yang telah tersedia gambaran negatif seperti ketiadaan jalan perhubungan yang baik, kemudahan tempat tinggal selesa, bekalan air bersih dan elektrik serta seribu satu perkara yang menjadi kebimbangan guru baru itu mesti dihapuskan. Apatah lagi guru baru yang hendak dihantar ke kawasan pendalaman dan terpinggir itu adalah guru perempuan yang memenuhi 65% jumlah keperluan tenaga pendidikan di negara kita. Ini pun isu juga!

Jika ini tidak berlaku sesudah 53 tahun kemerdekaan maka ia bukan kegagalan guru baru untuk bersifat patriot tetapi ia kegagalan pemerintah melaksanakan amanah pembangunan. Undi ditagih, janji pembangunan prasarana ditabur tetapi nikmat pembangunan yang sepatutnya diagih sama kepada semua, tidak berlaku.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Khamis, Mac 04, 2010   0 comments
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER