Pagi ini, 10 Syawal 1429, saya memetik beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan dan renungan bersama. Moga ada manfaatnya untuk kita semua.
1. Daripada Abu Salmah daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda; 'Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.' 2. Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.' 3. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; 'Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.' Kalau difahami satu persatu kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menyampaikan berita gembira dan berita sedih lagi menakutkan kepada umat baginda sebagai bahan berfikir dan bertindak menuju keredaan Allah Taala. Berita gembira ialah tentang kejadian Adam, Adam dimasukkan ke syurga dan janji Allah memakbulkan doa orang-orang yang beriman. Berita sedih lagi menakutkan ialah Adam dikeluarkan dari syurga, tentang kematian, tiupan sangkakala, hari kiamat dan hari pembalasan. Orang berniaga mengambil berkat Jumaat. Orang yang inginkan kelapangan rezeki mengambil berkat Jumaat. Pelajar mengharapkan kelebihan Jumaat. Apatah lagi orang berjuang di jalan Allah lebih-lebih lagi mengharapkan keberkatan Jumaat. Berdoalah untuk kesejahteraan dan kebaikan pemimpin, jamaah, sahabat, keluarga, masyarakat serta umat. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memilih hari ini untuk membuat perisytiharan apa jawatan yang ingin ditandingi kerana mengambil berkat hari Jumaat. Kita semua daripada keturunan Adam. Semoga setiap turun naik nafas dan langkah kita adalah untuk menuju kembali ke syurga. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduannya. Muhasabahlah kita! |
salam ustaz...minta izin share tazkirah jumaat dlm facebook saya...sukor..