Saya mendapat mesej (sms) daripada seorang kawan lama zaman persekolahan dahulu. Mungkin 'sms' ini telah tersebar dalam kalangan orang 'Melayu sejati' seperti dia, agaknya. Dia kata, Saya jawab. Dia : SALAM AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR BATIN.. Saya: Terima kasih atas ingatan. Dia : Orang Melayu itu bangsa berbahasa, Saya: Betul tu. Tapi kenapa sains dan matematik tidak ajar dalam bahasa Melayu ? Tak tahukah enam subjek dalam aliran sains tulen dan tujuh subjek dalam aliran teknik tingkatan empat kini diajar dalam bahasa Inggeris? Mana nak letak bahasa kita? Bacalah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan . Dia : Orang Melayu itu bangsa beradab, Saya: Yang menuduh orang tanpa saksi, bersumpah di sana-sini, yang tak mau jumpa rakyat tu beradab ke namanya? Dia : Orang Melayu itu bangsa beradat, Saya: Bawa artis Barat, anjur konsert sana-sini, tidakkah menjahanamkan adat namanya? Yang jaga adat kata, biar mati anak jangan mati adat. Sekarang, anak mati, adat pun mati. Dia : Melayu itu Islam, Saya: Belum tentu semua. Lina Joy, Kamarudin Abdullah, Ayah Pin apa agamanya sekarang? Yang tolak hukum hudud, qisas dan ta'zir tu Islam ke tidak? Melayu tidak beriman dengan undang-undang tersebut, Islamkah agamanya? Dia : Melayu taat setia pada Raja Sultannya, Saya: Betul ke taat? Yang bergaduh dengan raja sultan dulu dan buang kuasa raja sultan tu siapa? Dulu dia Presiden parti yang kau sokong bukan? Dia : Zaman berzaman Melayu percaya adanya Tuhan, Saya: Setakat percaya saja, umat nabi-nabi terdahulu dan Arab Jahiliah lebih dulu percaya. Percaya dengan beriman tu samakah? Yang penting beriman dengan uluhiyah, rubbubiyah, asma wassifat bro! Dia : Melayu banyak petua dan falsafahnya... Saya: Antara dua perkara itu dengan kalamullah, sunah rasul-Nya dan hikmah ulama, yang mana lebih baik ? Dia : Pantang Maut sebelum ajal, Saya: 'Walikulli ummatin ajal'. Setiap umat itu ada ajalnya. Sejak merdeka, berjuta anak bangsa sudah mati sebelum ajal. Tidak nampakkah? Dia : Agamanya jangan engkau ludahi, Saya: 'Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab, dan kufur pada sebahagian yang lain?' Dia : Maut padahnya nanti, Saya: Para samseng pun akan mati juga akhirnya.. Dia : Raja Sultannya jangan engkau langkahi, Saya: Parti apa yang telah mencatat sejarah itu..? Dia : Sanggup bertikam berlembing, Saya: Dah kuat sangat ke? Jangan cari pasal. Dia : Bercerai nyawa dari badan kamu nanti, Saya: Jangan menjual terlalu murah. Nanti ada yang membelinya... Dia : Biar putih tulang jangan putih mata, Saya: Mati dalam ketaatan kepada Allah lebih baik daripada hidup menderhakai-Nya. Dia : Hidupnya Melayu biar miskin harta, Saya: Ini ajaran songsang pemimpin kamu. Pemimpin songlap kekayaan. Yang kaya biar dia sorang, orang lain biarlah jadi macam yang kau kata. Negara ini kaya. Tugas kami mengagihkannya menurut acuan Islam. Dia : Jangan miskin budi bahasa, Saya : Ibu bapa dah didik budi bahasa. Yang hendak diajar ialah orang yang tidak reti bahasa. Dia : Merdekanya Melayu dengan gema MERRRRRDEKAAA!!! Saya: Sejak datangnya penjajah kumpulan Islam berjihad dengan darah dan air mata..Yang merompak kemerdekaan dan 'dianugerah' kemerdekaan daripada British ialah Umno/Perikatan. Tak faham sejarah? Dia : Bukan kecil langkah Melayu, Saya: Para syuhada tempatnya di syurga. Para nasionalis di mana? Dia : Hampir lima abad menjadi hamba, Saya: Para mujahid menghambakan diri hanya pada Khalik, bukan sesama manusia. Dia menggantikan kehidupan dunia dengan keluasan hidup di akhirat. Dia : Bermandi darah dan keringat, Membasahi tanah bertuah ini, Saya: Kemerdekaan dengan cara apa? Tidak layak nak cakap..retorik! Dia : Tanah ini Melayu empunya.....**/** Saya: Bumi dan alam ini milik Allah. Dijadikan manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal-mengenal. 'Orang yang Kami beri kekuasaan memerintah di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada kemungkaran, dan bagi Allah terserah segala urusan.' Dia : HIDUP MELAYU!!!! Saya: Islam Untuk Semua. Tegakkan keadilan, runtuhkan kezaliman. 'Masuklah Islam sepenuhnya, dan jangan turuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya, ia musuhmu yang amat nyata.' |