Saya membaca laporan dan melihat gambar ikan paus sepanjang 10 meter dan seberat lebih tiga tan terdampar di beting pasir di pantai Kampung Kuala Nenasi, dekat Pekan, Pahang di dalam Berita Harian hari ini. Memang luar biasa. Hikmah di sebalik kehadiran mamalia terbesar yang 'tersesat' itu, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Dia yang mengatur perjalanan segala makhluknya baik di langit mahupun di bumi. Yang menjadi renungan ialah ia terdampar di pantai dalam daerah Pekan di negeri Pahang, dan tidak di tempat-tempat lain seperti di Kelantan atau Terengganu atau Johor. Dalam sejarah Islam, Ibn Sirin r.a adalah pakar dalam mentafsir mimpi. Akan tetapi, apa tafsiran dan siapa pula mampu mentafsir peristiwa ini? Wallahu a’lam. |
Banyak lagi kejadian-kejadian yang boleh kita jadikan iktibar. Semoga setiap yang berlaku akan menmberi keinsafan kepada umat manusia yang sering lalai dalam hidup di dunia ini lantaran terlalu leka mengejar keduniaan... waulohuaklam.