CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Ahad, 12 Oktober 2008
Apa kata Tun Perak, Hang Tuah dan Hang Jebat?
Shah Rukh Khan (SRK) menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Khalil Yaakob. Tun Daim Zainuddin bekas Menteri Kewangan yang mencadangkan namanya dan akan menguruskan kedatangan pelakon itu pada bulan depan. Dia dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka, bintang tertinggi keempat pula. Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, jika berjaya SRK akan mengambil peluang merakamkan filem terbarunya di sini. Oooo!

Demikianlah hebatnya negeri Melaka Bersejarah. Beberapa tahun lalu, heboh berita ‘Datuk RM20,000.00’ di Melaka. Ada yang baru berumur 30-an telah bergelar Datuk. Entah apa sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanah air, kita pun tidak tahu. Kali ini, pelakon kontroversi itu pula yang mendapat tempat. Apa pula hubungan Tun Daim dalam meraikan hari jadi otai Umno ini? Oh, ya! Tun Daim bekas Bendahari, Tun Khalil pula bekas Setiausaha Agung Umno, zaman Tun Mahathir.

Wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan, aktivis NGO, pengerusi JKKK dan juak-juak Umno/BN yang bertungkus-lumus membantu rakyat siang malam, pagi petang, banjir kemarau, ribut taufan, di hulu di hilir, di bukit di gunung, di darat di laut haram tidak mendapat bintang setinggi itu. Orang Pas, PKR dan DAP jangan mimpi! Mungkin wakil-wakil rakyat yang baru terpilih selepas PRU 12 yang lalu belum layak, tidak banyak menyumbangkan bakti dan tidak menonjol berbanding SRK agaknya. Ya, mungkin sebab ada yang sudah enam bulan bergelar YB, bersolat Jumaat, jamaah dan bertarawikh di masjid-masjid dalam DUN pun tidak pernah. Tok-tok imam dan khatib yang mendoakan kesejahteraan beliau saban Jumaat lagilah langsung tidak dipandang. Kenalah tunggu hari jadi ke-71, nampaknya. Itu pun kalau ada umur. Nasiblah lu, mamat!

Zaman kerajaan Islam Melaka, Hang Tuah dianugerah kebesaran kerana menumpaskan penyamun. Tun Perak dianugerahi kebesaran kerana kebijaksanaan dalam menggerakkan misi hubungan dalam negeri dan antarabangsa serta kehebatan sebagai panglima dalam meluaskan wilayah Melaka menerusi misi dakwah bil quwah. Tambahan pula, Sultan Muhammad Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah misalnya, terkenal dengan sifat warak. Islam berkembang di Nusantara serta daulah Islam terbentang kerana kesungguhan dan istiqamah para ulama dan umarak. Istana tempat rakyat mengaji Islam. Selain pedagang, ulama dari benua India yang ramai datang ke Melaka, bukan pelakon Bollywood!
Profesor Datuk Mohd Yusuf Hashim, guruku dan mahaguru sejarah Melaka boleh ceriterakan kepada pembesar Melaka kini akan kehebatan sultan dan pembesar zaman kerajaan Islam Melaka dahulu. Bacalah dengan teliti buku ‘Sulalatus Salatin’ karangan Tun Sri Lanang dan Kerajaan Melayu Melaka karangan beliau. Hang Tuah, jika masih hidup pasti tergelak dengan perangai pembesar Melaka yang bijak lagi lawak kini. Hang Jebat, dalam pemikiran Tun Musa pula dijustifikasikan wajar bangkit pada zaman itu dan zaman beliau. Rakyat Melaka kini, bagaimana?
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Ahad, Oktober 12, 2008  
2 Comments:
  • At 13 Oktober 2008 pada 6:17 PTG, Blogger Unknown said…

    Tuan,

    Sampai saat ini walaupun saya telah menulis artikel khas bertajuk “Tahniah Datuk Shah Rukh Khan” saya masih tidak percaya berita yang saya dengar dari media perdana tanah air. Saya masih tidak berhenti berharap agar Bernama mengeluarkan “Ralat” kerana tersalah lapor ataupun tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”.

     
  • At 15 Oktober 2008 pada 4:54 PTG, Blogger ulautedong said…

    ala orang nak lapor memang macam-macam dia boleh buat .. nak tambah ke nak buat ralat .. tapi hakikat yang sebenar kita dah tau

     
Catat Ulasan
<< Home
 
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER