Terima kasih YB Dr. Mujahid kerana membawa suara para guru yang berkelulusan sarjana dan phd.ke dalam parlimen. Keprihatinan tuan adalah bukti perjuangan murni pemimpin Pakatan Rakyat yang tahu menghargai nilai ilmu walaupun nilai itu bukan hanya boleh dibuat melalui kelulusan. Apa yang lebih penting, suara itu lebih mulia daripada kata-kata retorik pemimpin yang lebih sanggup mengaut keuntungan dalam projek ekonomi pendidikan melalui PPSMI, contohnya. Ramai guru yang terhenti pengajian mereka di peringkat sarjana muda dan sarjana. Ramai juga daripada mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang di peringkat sarjana tetapi terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat phd disebabkan yuran pengajian yang tinggi.
Benar bahawa motivasi penting dalam kehidupan. Namun, manusia atau guru tidak hanya bergantung hidup dengan motivasi daripada orang lain. Bahkan, motivasi sahaja tidak cukup untuk mengubah realiti kehidupan selagi tindakan terhadap kerajaan yang mencorakkan realiti ini tidak ditumbangkan.
Cadangan YB memang bagus. Selain kelulusan tertinggi dijadikan kriteria, kombinasi faktor kekananan atau senioriti dengan kelulusan akan memantapkan lagi pendidikan di negara kita. Ia akan menjadi lebih bermakna apabila pelantikan dibuat tanpa mengira faktor politik, berbanding dengan amalan sekarang iaitu hanya mereka yang disahkan sebagai Umno/BN sahaja yang diberi keutamaan.
Jika pangkat dan kenaikan gaji mampu menggerakkan perjuangan maka ia adalah wajar diberi sebab perjuangan mereka tidak dilemahkan oleh faktor pangkat dan poket. Namun, saya saya fikir usaha yang paling sesuai sekarang ialah memotivasikan para guru menentang setiap realiti yang dicipta dan dipaksakan ke atas diri mereka oleh Umno/BN.
Bilangan guru yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana atau phd adalah terlalu kecil bilangannya. Majoriti daripada mereka mengeluarkan belanja sendiri atau membuat pinjaman daripada bank atau koperasi untuk mencapai cita-cita murni tersebut.
Lebih malang lagi, peluang mereka dinafikan oleh tapisan keselamatan sama ada oleh pihak polis ataupun SPRM walaupun mereka telah berjaya pada peringkat temuduga lisan. Faktor politik kepartian adalah satu daripada aspek tapisan itu. Dalam bahasa yabg mudah, mereka yang pro pembangkang dan tegas pendiriannya jangan haraplah ingin mendapat lebih daripada itu.
|