CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Selasa, 2 Februari 2010
Pandai tak boleh diikut
Berita Harian 2 Februari 2010

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata:
i. bayaran sudah dibuat menggunakan draf bank oleh Yayasan Melaka secara on-line ke Pejabat Kewangan Negeri Selangor, kira-kira jam 3 petang.
ii. "Yayasan Melaka membayar RM5.5 juta semalam. Kita sudah bayar RM180,000 sebelum ini.
iii. Saya bersyukur dan terharu kerana dalam keadaan kita susah... tak ada apa-apa kuasa ada pihak simpati.
iv. "Saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Melaka, DS Mohd Ali Rustam kerana sudi membantu, bukan setakat menyediakan tapak untuk pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), malah melunaskan cukai tertunggak," katanya.
Reaksi.

1. Laporan ini mungkin memeranjatkan dan mungkin tidak memeranjatkan rakyat Melaka. Kita hairan dan mungkin sudah mangli dengan sifat pemurah DSMAR itu?
2. Kalau kita baca laporan Audit tahun lepas, Melaka menghadapi pelbagai masalah berkaitan pengurusan kewangan kerajaan. Hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat menuju angka RM2 bilion. Garaj kereta pun menjadi kelas Sekolah Agama KAFA.
3. Kalau seseorang guru sekolah ingin mendapatkan bekalan barang-barang keperluan pembelajaran atau sukan, mereka perlu mengisi borang permohonan perolehan, kemudian diserah kepada pegawai kewangan untuk dimajukan kepada pengetua sebelum diluluskan ataupun sebaliknya. Itu prosedur namanya.
Persoalan.
1. Mengapa Yayasan Melaka (YM) perlu membayar RM5.5 juta untuk melangsaikan hutang cukai tertunggak Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)?
2. Adakah itu syarat yang diberi oleh MARA atau KPT kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan sebuah lagi UiTM di Melaka? Bukankah hak pembinaan UiTM itu dibuat oleh Mara dan KPT?
3. Adakah pembayaran ini termasuk dalam belanjawan 2010 yang dibentangkan dalam sidang DUN lalu? Adakah pembayaran oleh YM itu telah dimesyuaratkan dalam Lembaga YM atau Jawatankuasa Kewangan Negeri atau Exco Pelajaran Negeri atau Dewan Undangan Negeri?
4. Apakah Datuk Zainal Abidin Sakom adalah individu yang dapat mempengaruhi kerajaan negeri Melaka dalam soal pengurusan kewangan YM?
5. Mengapa kampus UiTM dicadangkan di dalam DUN Sg Rambai? Sebelum ini kampus Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Merlimau telah pun didirikan di dalam DUN tersebut. Mengapa tidak di DUN Rim atau Bemban atau Serkam?
Atau, kalau ada satu lagi perkiraan untuk dibuat, dua kampus pusat pengajian tersebut telah dibangunkan di kawasan Jasin Pantai. Mengapa kampus baru UiTM tidak didirikan di kawasan Jasin Darat iaitu di DUN Rim yang kelihatan banyak tertinggal berbanding Jasin Pantai? Sejauhmana peranan ADUN Rim dalam pemilihan tapak kampus UiTM itu? Apa pula perjuangan Datuk Mohd Hidhir Hassan, ADUN Merlimau yang menjadi Ketua Cawangan Umno Kelubi dalam DUN Rim dalam soal pemilihan tapak kampus tersebut?

Persepsi.

1. DSMAR boleh membelanjakan wang YM untuk satu tujuan yang dilihat murni (mendirikan UiTM Jasin) tetapi menimbulkan kecurigaan melampau tentang kuasa KM dalam soal pengurusan kewangan rakyat.
2. Betapa KPT dan MARA tiada perancangan untuk mendirikan kampus-kampus baru UiTM sama ada di Melaka atau di negeri-negeri lain di Malaysia. Atau mungkin perancangan MARA atau KPT untuk kampus Jasin tidak diendahkan oleh DSMAR atau YM atau kerajaan negeri.
3. Belanjawan negeri 2010 hanyalah satu ritual pemerintah. Apa yang dirancang untuk dibelanjakan tidak semestinya dibelanjakan mengikut semangat belanjawan yang dibentangkan.
4. Kerajaan negeri Melaka sangat luar biasa. Belum pernah rasanya berlaku dalam sejarah sebuah kerajaan negeri, begitu bermurah hati ‘membantu’ melunaskan hutang cukai tertunggak sebuah yayasan di bawah sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat, negeri yang kaya pula, negeri yang mempunyai rezab berbilion ringgit, yang mempunyai pelbagai kemudahan kewangan seperti YBK.
5. Kalau wang RM12 bilion PKFZ tidak dibazir-lingkupkan oleh pemimpin BN dulu, bukan sahaja cukai tertunggak RM5.8 juta itu boleh dilunaskan, bahkan berpuluh kampus baru UiTM mampu dibangunkan di Selangor atau sebuah kampus baru di setiap negeri di negara ini.
6. Kalau DSMAR terlupa, saya ingin memperingatkan. Belanjawan 2010 kerajaan Melaka banyak mana, rezab kerajaan berapa bilion dan hutang Melaka kepada kerajaan pusat berapa bilion pula berbanding hutang YBK kepada kerajaan negeri Selangor itu?
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Selasa, Februari 02, 2010   0 comments
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER