CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Khamis, 26 Februari 2009
Erti Suatu Merdeka
Sasterawan Negara telah bersuara menentukan pendirian dan arah tuju pejuangan, pejuang bahasa sudah menjelajah seluruh pelusuk negara dan KITA akan bersama meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Hayati sajak indah yang menggugah jiwa anak merdeka...





Erti Suatu Merdeka

Siapa yang mampu menelinga

laungan penuh harap

meneka gemilang sejarah

dalam perjalanan tak ternoktah ini?


Siapa yang mampu menduga

kebisuan yang menutup ruang hidup

seperti tiba-tiba saja

bergema memecah hening pagi

di penghujung Ogos ini?


Tertanam di mata ingatan

mimpi-mimpi esok penuh insaf

siapa punya kudrat membina kota teguh

tanpa simpati tangan asing?


Siapa yang mampu mengungkap

erti suatu merdeka

kalau urat fikir terus tersepit

dibelenggu rekah bumi di kaki sendiri

hati dipenjara tembok jahil

mulut melaung tanpa suara

diri menggelabah dan asing?


Siapa yang benar-benar mengerti

nilai kemerdekaan abadi

sedang diri terus hanyut tanpa jejak

meraga diri menggadai cinta bawah ombak kuasa

sekalipun segala-galanya

kemungkinan yang memungkinkan?


Siapa yang sanggup mengejutkan semula

lena kita di bantal sejarah

mengukuh titian rapuh

menerajui kapal seperti kehilangan kelasi

siapa lagi

kalau bukan kita sendiri?



1989
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Khamis, Februari 26, 2009  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER