CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Ahad, 25 Januari 2009
25 Tahun PASTI yang Bersejarah
Assalamualaikum wrwbt

Lama sudah tidak menulis. Sejak sesi persekolahan dibuka, masa untuk menulis sangat terhad. Kerja sekolah banyak. Jawatan yang diamanahkan pun mencabar. Apa pun, ia tetap diterima dengan hati yang tabah. Setiap peranan dan tanggungjawab memberi peluang untuk menimba pengalaman dan membuktikan kemampuan.

Tahun ini adalah tahun ke-25 Pasti menyumbang bakti dalam pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak Islam di seluruh negara. Semangat kerja berpasukan pihak pengurusan, guru dan ibu bapa dapat dirasakan sebagai luar biasa.

Hari ini masih di ibu pejabat Jabatan Pendidikan Pemuda. Sejak pagi semalam saya dan sahabat-sahabat telah berada di sini untuk bermesyuarat selepas sesi persekolahan 2009 dibuka. Agenda utama ialah persiapan majlis Taklimat KAFFAH kepada pimpinan pendidikan lajnah dan jabatan dalam Pas serta Anugerah Pelajar Cemerlang Pasti Malaysia 2008 pada 31 Januari ini. Mesyuarat bermula dari jam 11.00 hingga 3.30 petang. Sebelah malam, kami sambung lagi dengan bengkel pengurusan pula dari jam 9.00 hingga 1.00 pagi. Memang meletihkan minda dan jasad tapi itulah nikmat perjuangan.

Bilangan murid Pasti sehingga 23 Januari lalu ialah 63194. Alhamdulillah, pertambahan lebih 1500 orang. Ia berlaku di seluruh negara. Usaha menambah bilangan pelajar menampakkan hasil. Selangor mengatasi negeri lain dengan bilangan 12500 murid manakala Kelantan di tempat kedua. Kelantan yang selama ini menjadi negeri paling ramai murid, menjanjikan saingan sengit kepada Selangor.

Perlis juga mencatatkan peningkatan. Di Sabah sebuah Pasti dibuka khusus untuk masyarakat Dusun dan Sungai. Pelajar Cina mula kembali ke Pasti di negeri Selangor. Pasti Venikam di Ladang Rubana, Matang Guntung, Pasir Salak pula dihadiri murid India dan Melayu. Slogan Pas Untuk Semua menebusi pemikiran masyarakat dalam dunia pendidikan juga.

posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Ahad, Januari 25, 2009  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER