Assalamu’alaikum,
Bagus apabila berlaku pertandingan dalam Umno. Sedikit-sebanyak kita dapat maklumat tentang pelbagai perkara dalam rumah tangga mereka. Ada maklumat berbentuk lisan, tulisan, foto, sms, video dan sebagainya. Pertembungan antara calon Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita sudah berlanjutan sejak beberapa bulan lalu. PRK P36 Kuala Terengganu adalah medan menguji kekuatan pengaruh setiap mereka yang bertanding. Bagi ‘petugas-petugas’ kumpulan atau individu yang bertanding, ‘makan keliling’ lagilah nampaknya. Persolannya, i. Mampukah rakyat dan pengundi di kawasan tersebut berfikir atau disedarkan bahawa mereka adalah sasaran bagi setiap kumpulan kepimpinan Umno yang sedang merebut jawatan sekarang? ii. Mampukah pengundi di situ berfikir atau difahamkan bahawa mereka sedang berdepan dengan pemimpin serta parti yang tidak pernah aman daripada pertelingkahan dan perebutan jawatan dalaman parti? iii. Mampukah mereka diyakinkan dan dipastikan tidak mengundi parti yang memang bermasalah dan menjadi punca kepada segala masalah seperti politik wang, rasuah, salah guna kuasa, memperkayakan kroni, kenaikan harga barang dan segala masalah lain yang sedang menghimpit kehidupan kita?
Kita wajib berusaha meyakinkan mereka supaya mengundi calon PR dan bertawakal kepada-Nya. |