Melaka adalah negeri yang bersejarah. Daripada sebuah perkampungan pinggir laut, ia kemudian muncul sebagai kerajaan maritim dan empayar Islam yang terpenting di Nusantara. Selain berperanan sebagai pelabuhan entreport, ia adalah pusat penyebaran Islam yang unggul. Sejarah mencatatkan, kerajaan Melaka mencapai kegemilangan terutama selepas menjalin hubungan dengan kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di rantau ini.
Pun begitu, pemimpin-pemimpin kerajaan Melaka memiliki keinginan dan wawasan yang ‘luar biasa’. Kalau dahulu, ada diceriterakan dan kini dijadikan silibus bahasa Melayu dalam Sijlil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, kisah Sultan Mahmud yang ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang yang tidak diketahui ibu bapanya dan asal-usulnya. Kononnya, memintalah puteri tersebut jambatan emas dan perak bagi menyambungkan gunung dengan bandar Melaka sebagai syarat persetujuan perkahwinan alam nyata-alam khayalan itu.
Kini, legasi ceritera khayalan membina jambatan itu muncul kembali. Kali ini, DS Mohd Rustam dan DS Najib Razak bercakap tentang pembinaan jambatan juga, bukan Melaka-Gunung Ledang tetapi Melaka-Dumai di Sumatera yang tertangguh rancangannya sejak 1995.
Persoalannya, perlukah jambatan Melaka-Dumai sepanjang 58km dan kos RM38 billion (US$11 billion) itu? Apa untungnya kepada kerajaan dan rakyat Melaka? Apa tindakan kerajaan pimpinan DS Mohd Ali menyelesaikan kesengsaraan rakyat Melayu Islam di Pengkalan Balak dan sekitarnya yang berpuluh tahun menghidu bau babi? Siapa yang nak tanggung hutang kerajaan negeri berbilion RM sekarang? Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran pemimpin Melayu ini? Tolong komen sikit….
|
ala cikgu dia saja nak tiru lagak sultan mahmud , pemerintah kerajaan melayu melaka dulu. kalau betullah bagai dikata alamat Datuk Ali akan menjadi Pemimpin melaka yang terakhir akan digulingkan rakyat .. heheheh...