KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada pelbagai pihak dan 85 peratus daripadanya bersetuju untuk melaksanakannya.
“Tenaga pengajar luar dari United Kingdom dan Australia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipertimbangkan bagi tujuan tersebut,” katanya. (Kosmo) Saya fikir.Rakyat mahu tahu siapakah mereka yang disebut sebagai ‘pelbagai pihak’ itu? Bilakah mereka bersidang dan adakah mereka mewakili setiap latar serta lapisan masyarakat di negara ini? Saya menanti, bilakah kerajaan akan mewajibkan semua calon Islam mendapat kepujian dalam subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) seterusnya dijadikan syarat kemasukan ke IPTA? Adakah kerajaan dan Menteri Pelajaran sudah ketandusan idea untuk memajukan subjek Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
|