Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam menyelar segelintir generasi muda yang tidak mengenang budi setelah mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan. ''Kita masuk universiti dengan bantuan kerajaan tetapi sebaliknya menentang kerajaan dan orang ini jelas tidak kenang budi." (Utusan Malaysia). Saya fikir begini.
Generasi muda wajib mengenang budi kepada orang yang berjasa seperti ibu bapa, ahli keluarga, para alim ulama, guru, para ilmuan, pemimpin dan lain-lain lagi.
Persoalan saya, dalam konteks ini, apakah budi yang pemimpin negara curahkan apabila biasiswa untuk anak bangsa melanjutkan pelajaran yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan dihapuskan, kemudian digantikan pula dengan pinjaman PTPTN.
Kerajaan dapat duit daripada mana kalau tidak daripada cukai yang serba-serbi dibebankan ke atas rakyat. Hasil mahsul negara yang sepatutnya dikongsi bersama rakyat pun dimonopoli juak-juak ‘pemimpin bangsa’ jenis DS. Isu terkini, royalti petroleum kepada Kelantan.
Jadi, adakah 'budi baik' pemimpin seperti ini yang wajib dikenang oleh generasi muda yang terpelajar khasnya dan rakyat umumnya?
|
dalam hal malaysia sepatutnya mengikut singapura, tiada bantuan. rakyat usahakan sendiri. baru tnganga. ni cikgu spm ke stpm ?