J.T Collins, 1999, dalam Wibawa Bahasa dan Kepelbagaian, Dewan Bahasa dan Pustaka menyebut; "Setiap generasi penutur Melayu mesti memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu dengan pengertian dan hasrat semasanya. Bahasa Melayu tidak lumpuh, tidak daif, tidak nyanyuk. Bahasa Melayu tetap gagah perkasa, sedia menghadapi zaman ini dan zaman akan datang, sebagaimana segala cabaran dan tentangan sebelum ini dapat diatasinya. Bahasa Melayu menunggu sahaja kebulatan tekad penuturnya untuk meyakini daya dan tenaganya." |