Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini bagaimana kutidur di dadamu dan kau cuba mengeringkan airmata tapi aku tidak dapat bersuara apabila setiap kata-kataku telah menjadi sebuah dosa
Bila kau bertanya sesuatu paling mudah menjawab “tidak tahu” kerana berkata benar telah menjadi sebuah dosa
Dan apalagi yang tinggal selain mulut yang bisu bila suaraku telah menjadi merbahaya dan kata-kata telah menjadi sebuah dosa.
Zurinah Hassan, 1977 |