Saya terima mesej pesanan ringkas ini daripada abang ipar saya. Saya kenal bahawa abang ipar saya ini adalah pemimpin pemuda Umno sejak era 1970-an lagi. Beliau menjadi penggerak utama kepada kebangkitan politik Datuk Mohamad Rahmat dan Datuk Ajib Ahmad, di Johor Bahru kemudian menjadi penyokong kuat Dato' Musa Hitam serta Team B dalam pertembungan dengan Dr Mahathir bersama Team A. Sekarang, saya fikir beliau memang tidak menyokong banyak perkara dalam Umno atas pelbagai sebab terutamanya idealisme perjuangan Melayu yang memang sudah berkubur dalam Umno. Tetapi beliau tidak juga membulatkan diri bersama adik-adik iparnya dalam PAS. "Ya, Allah berilah petunjuk dan kekuatan kepadanya." Amin. Datuk Hishammuddin Tun Hussein terimalah ini.
"...Ditambah dengan pemimpin Melayu yang yang tiada jati diri Melayu. Cium keris pun nak minta maaf pada Cina. Kecik-kecik tak campur orang Melayu. Tak baca sejarah Melayu. Masa 13 Mei entah kat mana. Lepas tu nak jadi pemimpin Melayu. Pooorah......" |
Biarkanlah abang ipar saudara dengan caranya sendiri. orang pas pun bukan semuanya betul, apa lagi dengan orang umno. Namun dalam membicarakan soal PPSMI dan menteri yang sorang ni saya bersama saudara dan orang melayu lain - gergento.blogspot.com