CIKGU AZRIN BIN AB. MAJID
Sabtu, 28 November 2009
Bila Jong Pecah
Syair Jong Pecah

Assalamualaikum saya ucapkan,
Selamat sejahtera handai dan taulan,
Sebuah syair saya sajikan,
Bersama-sama kita menungkan.

Duhai dengarlah suatu cetera,
Di zaman dahulu sebuah negara,
Bangsa bijak gagah perwira,
Hidup bersatu aman sejahtera.

Berkali-kali dicuba musuh,
Negara dilanggar hendak diruntuh,
Berkat bersatu rakyat teguh,
Tetap berdaulat berdiri kukuh.

Hingga sampai saat yang malap,
Entah di mana salah dan silap,
Entah siapa lalai dan lelap,
Pemimpin berbalah daulat pun malap.

Jadilah kita tuan terjajah,
Terjejas daulat tercemar maruah,
Politik rebeh ekonomi rebah,
Siang malam berhati gundah.

Sampailah waktu rakyat jalata,
Berpadu erat seia sekata,
Tahan bahaya tahan derita,
Mendaulatkan kembali Islam tercinta.

Aduh mengapa kita berbalah,
Sama sendiri berpecah-pecah,
Kenyanglah yu bila jong pecah,
Hitamlah tanda dalam sejarah.

Ya Ilahi Tuhan yang Rahman,
Teguhkan saudaraku di dalam iman,
Ke arah perpaduan berikan pedoman,
Agar sejahtera zaman berzaman.

Adaptasi dan ubah-suai daripada;
Adibah Amin, Langit di Tangan, 1995 DBP
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Sabtu, November 28, 2009   0 comments
Sabtu, 21 November 2009
Ceramah Perdana Pakatan Rakyat
Ceramah Perdana Pakatan Rakyat

YB Hj Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Kubang Kerian)
YB Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka/ADUN Kesidang)
YBrsha Samsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK PKR/Ketua PKR Bahagian Jasin)

24 November 2009 (Selasa)
9.00 malam
Dataran Hamas, Spg Kemendore, Jasin.

Semua dijemput hadir.
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Sabtu, November 21, 2009   0 comments
Jumaat, 20 November 2009
Seminar Blogger PAS
Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Pendaftaran:RM10.00
Peserta
1. Blogger PAS dan Blogger penyokong PAS (atas jemputan dan daftar melalui email).
2. Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat
3. Ketua dan Setiausaha Penerangan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Pas Pusat
4. Pengerusi IT Dewan Ulamak, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat.
5. Ketua Penerangan dan Setiausaha Penerangan negeri-negeri.
6. Pengerusi IT Negeri-negeri.
7.Ketua Penerangan dan Setiausaha Pas Kawasan-Kawasan
8. Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak,Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Negeri-Negeri
9.Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Kawasan-Kawasan
posted by Cikgu Azrin Ab. Majid @ Jumaat, November 20, 2009   0 comments
semangatku, perjuanganku

SAYA YANG BERNAMA AZRIN BIN AB. MAJID

Name: Cikgu Azrin Ab. Majid
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Jasin, Naib Yang Di-Pertua PIBG S.K. Sri Lanang, Kg. Kelubi, Jasin.
See my complete profile

ARTIKEL LALU

BAHAN KHAZANAH

HARGAILAH MASA

BLOGGERS MELAKA

BILANGAN PENGUNJUNG BERMULA 18 FEBRUARI 2009

DESIGN BY

Blogger Templates

BLOGGER